SEJARAH


LATAR BELAKANG SEKOLAH




Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Pajam adalah sebuah sekolah yang terletak di pekan Pajam, Mukim Setul, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Jarak dari Seremban adalah 21 kilometer. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang berusia panjang. Sekolah ini telah melalui perkembangan yang perlu dihayati bersama. Sekolah ini mula ditubuhkan pada dekad tiga kurun ke-20 Masihi. Menilai dari segi perkembangnya, dapatlah dinyatakan bahawa sekolah ini telah melalui  tiga peringkat seperti berikut:

National Type Primary School, Pajam Estat                                             
Ketika itu, sekolah ini terletak di kawasan Ladang Pajam berhampiran rumah 
kakitangan estet. 

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kg. Baru Pajam.
Mulai Februari 1981, sekolah ini telah berpindah lokasinya di perkarangan lama SJK (C) Kg. 
Baru Pajam dan oleh itu, nama sekolah ini telah berubah dan kekal sehingga pertengahan 
tahun 1982.

SJK (TAMIL) TUN SAMBANTHAN, PAJAM.
Kedudukannya masih kekal di Kampung Baru Pajam tetapi telah diwajahi nama tokoh 
Kemerdekaan Negara Mendianng Tun V. Thirugnana Sambanthan. Upacara penamaan telah 
disempurnakan oleh isteri mendiang Tun Sambanthan iaitu Yang Berbahagia Toh Puan Uma 
Sambanthan pada tahun 1982.

Secara keseluruhannya, sejarah perkembangan sekolah dapat dikategorikan dalam beberapa peringkat yang utama iaitu:


PERINGKAT  AWAL : Sebelum Pendudukan Jepun (1941)
Usaha untuk menubuhkan sebuah sekolah Tamil di Ladang Pajam telah wujud disebabkan permintaan masyarakat Tamil di Ladang Pajam yang bilangannya melebihi 200 orang. Ladang Pajam merangkumi dua bahagian iaitu Home Division dan Gebok Division. Kesedaran tentang perlunya sekolah Tamil ini sebenarnya bermula selepas terbinanya sekolah Tamil pertama di Negeri Sembilan iaitu Vivekananda Tamil School, Seremban pada tahun 1921. Terbinanya sekolah ini adalah hasil usaha Persatuan Ceylonese Negeri Sembilan Cawangan Seremban. Sejurus dengan itu, pada tahun 1930-an ada sebanyak 21 buah sekolah Tamil dibina di seluruh Negeri Sembilan. Antaranya termasuklah Sekolah Tamil Pajam yang dibina pada tahun 1937. Encik Thambaiah, seorang ahli jawatankuasa dalam Biro Pendidikan Persatuan Ceylonese Negeri Sembilan telah dipujuk oleh masyarakat tempatan untuk memulakan sekolah Tamil di Ladang Pajam. Encik Thambaiah berjaya memujuk pihak pengurusan Ladang Pajam untuk menubuhkan sekolah ini. Namun, usaha ini telah mengambil masa selama 6 tahun.

PERINGKAT  KEDUA : Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945)
Sekolah ini yang bergiat di bawah pengawasan pengurusan ladang (Inggeris) di Pajam telah menghadapi saat genting apabila Jepun mengambil alih pentadbiran negara ini. Buku-buku Inggeris dibakar sama sekali. Namun, bangunan sekolah ini tidak dirobohkan. Sekolah ini menjadi Dei Iehi Kokumin Gakko atau sekolah Jepun. Namun sekolah ini terpaksa ditutup sementara sekitar bulan Mac 1943 kerana sambutan masyarakat yang ingin menghantar anak-anak mereka semakin pudar. Jepun mula bertindak agresif terhadap masyarakat khasnya kanak-kanak sekolah yang terdiri daripada murid belasan tahun. Mereka ditangkap dihantar ke Sempadan Siam (Padang Besar) untuk membina Jalan Keretapi Maut. Ada yang dipaksa menyertai gerakan Tentera Kebangsaan India (Indian National Army). Kesimpulannya, fungsi serta operasi sekolah Tamil pada masa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu terbantut sama sekali. Sekolah-sekolah lain yang beroperasi pun hanyalah sekadar menjepunkan orang-orang disitu.

PERINGKAT  KETIGA : Zaman Pemerintahan Inggeris Fasa Kedua.
Pengeboman bandaraya Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah menyebabkan Jepun menyerlah kalah kepada Inggeris. Usaha untuk memulihkan sekolah tamil telah diambil. Bangunan tambahan dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, khasnya dari Ladang Pajam, Ladang Gebok, Ladang Staffield dan PWD Quarters, Mantin. Seramai dua orang guru tambahan telah dilantik untuk berkhidmat di sekolah ini iaitu Encik Sathasivam dan Encik Chellappa. Menjelang tahun 1950-an, selepas kematian Encik Tambaiah, Encik Sathasivam telah dilantik menjadi guru besar sekolah ini. Encik Kuppusamy dilantik menjadi guru penolong. Jumlah kelas yang diajar ketika itu ialah dari darjah 1 hingga 7. Murid-murid di sekolah ini diberi peluang untuk menduduki peperiksaan darjah 7. Yang lulus peperiksaan ini dibenarkan mengikuti latihan Guru-guru tamil. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun 1956. Peperiksaan ini dinamakan “Tamil Telegu Teachers Preparatory Examinations”. Antara tokoh pelajar yang tergolong dalam kategori ini ialah mendiang Datuk Arulnasalam A/L Narayanan (Bekas Adun Kawasan Tebong Melaka).

PERINGKAT  KEEMPAT : Perkembangan Selepas Kemerdekaan PTM
Selepas tahun 1957, sekolah ini bertukar taraf menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Bilangan murid masih lagi meningkat. Menjelang tahun 1970-an seramai 5 orang dan seorang guru besar berkhidmat di sekolah ini. Encik S. Linggi Gaunder menjadi guru besar pada tahun 1977 selepas persaraan Encik Sadhasivam. Antara guru-guru yang berkhidmat ketika itu ialah Puan M. Varathan, Puan Chellappa, Puan Tanggammah Sivalinggam, Encik M. Krishnan dan Encik P. Ponnusamy. Pada 31 Januari 1981, sekolah ini telah berpindah ke Kampung Baru Pajam. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang sedia ada kini menjadi perkarangan sekolah tamil. Bangunan ini lengkap dengan sebuah Perpustakaan, Bilik Guru, Pejabat Guru Besar dan 6 buah bilik darjah. Pada tahun 1982, sekolah ini dikenali sebagai SRJK(T) Kampung Baru Cina, Pajam pada tahun yang sama sekolah ini terpilih untuk mengendalikan percubaan Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Seorang guru khas bernama Puan Avadiammah dilantik untuk mengendalikan program ini dan hasilnya sungguh memuaskan.

PERINGKAT  KELIMA : Perkembangan Selepas Kemerdekaan PTM
Pada Jun 1982, sekolah ini dengan rasminya bertukar wajah sebagai SRJK(T) Tun Sambanthan, Pajam. Ini adalah sempena menghargai jasa mendiang Tun V. T. Sambanthan khasnya dalam menangani masalah kehilangan peluang pekerjaan yang dihadapi masyarakat ladang di tanah air ini. Upacara penamaan ini telah disempurnakan oleh isteri mendiang Yang Berbahagia Toh Puan Uma SambanthanPada tahun 1988, Encik. Muniandi menjadi guru besar sekolah ini. Sekolah ini mula bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum khasnya dalam senaman beramai, bola sepak dan lain-lain lagi. Peningkatan prestasi akademik jelas dilihat semasa Encik S. Linggi Gaunder dan Encik E. Muniandy menjadi guru besar ini. Sumbangan dari luar telah disampaikan kepada pihak sekolah kerana tanggapan masyarakat yang positif terhadap sekolah. Encik Muniandi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bangunan bertingkat di sekolah ini. Beliau berjaya memujuk pihak kerajaan untuk meluluskan pembinaan banguanan baru 3 tingkat ini. Pada bulan Februari 1997, Encik M. Anthony menjadi guru besar sekolah ini. Beliau berjaya mempercepatkan proses pembinaan bangunan baru ini. Beliau bersara pada tahun 8. Julai 1999.

PERINGKAT  KEENAM : Perkembangan Selepas Kemerdekaan PTM
Encik Roslan Kumaran Bin Abdullah telah dilantik sebagai guru besar mulai 9 Julai 1999. Sememangnya beliau diberi tanggungjawab yang murni bagi melengkapkan seluruh warga sekolah menempuh cabaran alaf baru. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Sekolah Tamil di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, kemudian tempat beliau telah diganti oleh Encik V. Selvam beliau merupakan Penyelia Sekolah Tamil di Pejabat Pelajaran Daerah. Perkhidmatan beliau hanya seketika iaitu dari Jun 2002 hingga Jun 2003, kemudian beliau telah berkhidmat semula sebagai Penyelia Sekolah Tamil di Pejabat Pelajaran Daerah, tempat beliau telah diganti oleh Encik M. Kandhi pada November 2004 sehingga Mac 2005. Beliau merupakan Penyelia Sekolah Tamil di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Selepas itu Pn.K.Nachi telah mengambil alih menjadi Guru besar baru sehingga April  2008. Seterusnya diganti oleh En Ravi Perumal sehingga tahun 2016. Seterusnya pada tahun ini iaitu tahun 2017 En. N. Saravanan telah dilantik menjadi Guru Besar sekolah ini selepas digantikan dengan En. Ravi Perumal. Dengan ada pengalaman dan tanggungjawab yang dipikulnya selama ini adalah diharapkan dapat membawa SJK(T) Tun Sambanthan, Pajam kepuncak kejayaan dengan kepimpinan En. N. Saravanan ini.

No comments: