KOKURIKULUM

KATA ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM



Salam satu Malaysia dan Salam Sejahtera.
  
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini. Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada SJKT Tun Sambanthan sekolah kerana menjadi pelapor kepada kewujudan laman blogger sekolah. Tahniah atas inovasi ini kerana berlaku penambahbaikan yang jelas dalam usaha untuk memartabatkan nama sekolah dengan berjaya melahirkan laman blogger ini.
Sesungguhnya kewujudan laman blogger ini adalah satu sejarah SJK(T) Tun Sambanthan Pajam dalam kelahiran laman blogger ini. Era ledakan teknologi maklumat kini memerlukan warga pendidik menggilap kemahiran ICT. Guru yang mahir ICT akan menjadi pemacu untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan kerana laman blogger boleh menjadi wahana untuk para guru berinteraksi dengan dunia global dan seterusnya meletakkan nama SJK(T) Tun Sambanthan seiring dengan sekolah-sekolah elit.
Selain itu, kewujudan laman blogger sekolah juga adalah bukti komitmen warga sekolah ke arah pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Saya berharap para guru dan pelajar akan memanfaatkan kewujudan laman blogger ini untuk membantu meningkatkan kejayaan sekolah agar kita tidak ketinggalan dalam arus perdana.
Akhir kata, tahniah dan terima kasih atas usaha gigih guru ICT dan jawatankuasanya yang membantu merealisasikan laman blogger sekolah ini dan semoga harapan untuk memartabatkan nama SJK(T) Tun Sambanthan di persada dunia, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain akan menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(EN. AHMAD SULAIMAN SELVARAJA BIN ABDULLAH)
GPK KOKURIKULUM
SJK(T) TUN SAMBANTHAN






No comments: