HEM

KATA ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua warga SJKTTS yang bersama-sama bekerja keras untuk menjayakan program khususnya dalam bidang ICT dengan ikhlas. Kesetiaan semua guru amat dihargai dalam usaha untuk merealisasikan kemenjadian laman blogger SJKTTS.
            Secara amnya, terdapat beberapa transformasi dibuat dalam usaha menggerakkan aktiviti selaras dengan misi dan visi sekolah, PPD, JPS dan KPM. Diharap transformasi ini akan membuahkan lonjakan prestasi yang membanggakan hasil daripada kerjasama dan sokongan semua guru SJKTTS dalam menghasilkan laman blogger sekolah.

Guru-guru, rakan seperjuangan sekalian,
          Dengan penetapan beberapa perancangan yang strategik, dapat melahirkan dan menjana murid sekolah yang berkualiti selaras dengan Gelombang kedua dalam PPPM. Diharapkan murid yang berkualiti dapat dilahirkan tersebut mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan mampu menyumbang untuk kemajuan sekolah. Oleh itu, budaya kecemerlangan dalam minda, jiwa suci dan sanubari terpuji setiap warga SJKTTS mahu diterapkan dan diterjemahkan dalam setiap tindakan yang diambil, supaya bila ‘berkembangnya bunga, sentiasa akan menjadi’. Sekiranya kita sentiasa membudayakan kecemerlangan murid dan mengutamakan murid dalam setiap tugasan yang kita lakukan, kita akan berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dan kepuasan hati pelanggan.
Akhir kata, tahniah dan terima kasih atas usaha gigih guru ICT dan jawatankuasanya yang membantu merealisasikan laman blogger sekolah ini dan semoga harapan untuk memartabatkan nama SJK(T) Tun Sambanthan di persada dunia, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain akan menjadi kenyataan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(PN. M. TENMOZHY)
GPK HAL EHWAL MURID
SJK(T) TUN SAMBANTHAN







No comments: