KURIKULUM


KATA ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIR




Salam satu Malaysia dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan rahmatnya dapat kita menghasilkan sebuah laman blogger Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan Pajam sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pengurus sekolah dan semua masyarakat yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.
Dengan terbitnya laman blogger Sekolah ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat untuk dijadikan “Banchmark” dan di implemantasikan bagi menjadikan sekolah penjana ‘Modal Insan Gemilang dan Terbilang’.
Selain itu, kewujudan laman blogger sekolah juga adalah bukti komitmen warga sekolah ke arah pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Saya berharap para guru dan pelajar akan memanfaatkan kewujudan laman blogger ini untuk membantu meningkatkan kejayaan sekolah agar kita tidak ketinggalan dalam arus perdana.
Akhir kata, tahniah dan terima kasih atas usaha gigih guru ICT dan jawatankuasanya yang membantu merealisasikan laman blogger sekolah ini dan semoga harapan untuk memartabatkan nama SJK(T) Tun Sambanthan di persada dunia, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain akan menjadi kenyataan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(EN. R. RAJANDRAN)
GPK PENTADBIR
SJK(T) TUN SAMBANTHAN









No comments: